Friday, August 10, 2012

Kebaikan Pengangkutan Awam dan Tanggapan Masyarakat Ke Atasnya

*sekadar hiasan


Bil
Idea
Huraian


1.
A:  Kebaikan

Menjimatkan kos / perbelanjaan


- Harga tambang yang berpatutan, membolehkan
   pengguna pergi ke mana-mana destinasi dengan mudah.
- Tidak perlu membelanjakan wang untuk membeli bahan
   api / minyak, yang harganya semakin meningkat.
- Tidak perlu membayar tol dan bil parkir untuk bergerak
   dari satu tempat ke satu tempat.

2.
Mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas
- Perkhidmatan pengangkutan awam akan mengurangkan
   bilangan kenderaan persendirian terutamanya di bandar-
   bandar besar seperti Kuala Lumpur.
- Apabila masyarakat menggunakan pengangkutan awam
   dalam urusan seharian, mereka dapat mengurangkan
   jumlah kenderaan di jalan raya.
- Hal ini menyebabkan pergerakan trafik lebih lancar,
   terutama di bandar-bandar besar.

3.
Mengurangkan kadar kemalangan
- Pengurangan kenderaan di jalan raya, mengurangkan
   risiko kemalangan terutamanya semasa musim perayaan
   dan pada waktu puncak.
- Penggunaan pengangkutan awam, seperti bas, kereta
   api, LRT atau monorel, dapat meminimakan kes
   kemalangan di jalan raya.

4.
Mewujudkan interaksi sosial
- Masyarakat pelbagai kaum akan menaiki pengangkutan
   awam ke pelbagai destinasi.
- Interaksi sosial, secara tidak langsung akan berlaku
   sepanjang perjalanan itu.
- Penggunaan pengangkutan awam yang berterusan oleh
   masyarakat majmuk di negara kita, sudah tentu dapat
   mengeratkan silaturahim.



5.
B. Punca

Mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan


- Sesetengah pemandu  pengangkutan awam tidak  
   mematuhi jadual perjalanan menyebabkan pengguna
   sukar untuk merancang dan menjangka tempoh
   perjalanan yang bakal dihadapi oleh mereka.
- Hal ini menyebabkan mereka tidak mahu menanggung
   risiko untuk sampai lewat ke tempat kerja atau ke mana-
   mana destinasi.
- Bilangan penumpang yang terlalu ramai, menimbulkan
   kesesakan dalam bas dan monorel, menyebabkan
   penumpang tidak selesa.
- Kekerapan jadual perjalanan bas yang terlalu lama, tiada
   kemudahan penyaman udara atau rosak, kusyen yang
   rosak, menyebabkan pengguna tidak selesa dan enggan
   menggunakan perkhidmatan awam.

6.
Sistem aliran pengangkutan awam tidak bersepadu
- Rangkaian pengangkutan awam di negara kita terdiri
  daripada pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren
  Ringan (LRT) dan monorel
- Penumpang terpaksa bergerak ke stesyen yang lain untuk
   meneruskan perjalanan.
- Hal ini menyukarkan penumpang terutamanya warga tua
   dan orang kelainan upaya (OKU).

7.
Risiko menjadi mangsa jenayah
- Sikap sesetengah penumpang lelaki dan segelintir
   pemandu bas atau teksi yang tidak sopan, dan
   keterlaluan, sehingga melakukan pelbagai jenis jenayah
   seksual, menyebabkan golongan wanita takut atau
   trauma untuk menggunakan pengangkutan awam.
- Wujud aktiviti ’seluk saku’ dalam kalangan penumpang.

8.
Sikap negatif masyarakat
- Sesetengah masyarakat menganggap mereka yang
   menggunakan perkhidmatan ini berstatus rendah, tidak
   berkemampuan atau miskin.
- Hal ini menyebabkan mereka malu untuk menggunakan
   pengangkutan awam.

Sunday, August 5, 2012

HOT ! Koleksi Jam Tangan Yang Unik , Smart dan WAJIB Dimiliki


















Ketokohan Asoka Mengukuhkan Empayar Maurya

 

 Empayar Asoka mencapai zaman kegemilangannya pada zaman pemerintahan asoka. Empayar ini telah diasaskan oleh Chandragupta Maurya pada 321 SM, yang mana pusat pentadbirannya terletak di Pataliputra. Asoka menaiki takhta pemerintahan empayar Maurya pada tahun 273 SM selepas kematian ayahnya yang bernama Bindusara. Sepanjang 41 tahun pentadbirannya, pelbagai langkah telah diambil untuk mengukuhkan empayar Maurya.
            Ketokohan Asoka telah menyebabkan kebangkitan empayar Maurya sebagai sebuah empayar yang kuat dan berpengaruh di India. Ketokohan Asoka jelas terserlah dalam aspek kepimpinan. Misalnya keberanian beliau mengambil langkah mengukuhkan kedudukannya denagn menumpaskan perebutan kuasa yang berlaku selepas kematian ayahnya Bindusara. Masalah perebutan takhta ini menyebabkan politik tiak stabil dan upacara pertabalan ditangguhkkan. Bagi menangani maslah ini, beliau bertindak membunuh 98 orang anggota keluarganya yang bertelagah mendapatkan kuasa.
            Disamping itu, Asoka telah melancarkan serangan terhadap negeri Kalinga yang terletak di pantai timur India pada tahun 292 SM. Hal ini, berlaku kerana wujud kebimbangan terhadap kekuatan bilangan penduduk yang ramai. Dalam perang tersebut 30,000 ditawan, 100,000 orang dibunuh dan ramai yang terkorban. Perang tersebut menyedarkan asoka tentang kesan buruk peperangan yang menyebabkan kematian dan pertumpahan darah. Kesedaran inilah yang sebenarnya telah membawa kepada perubahan dasar politik dan pemikiran Asoka. Selepas perang Kalinga bermulalah era baru pemerintahan Asoka iaitu menekankan kedamaian ,kemajuan social dan propaganda keagamaan.
            Selain itu, dalam bidang keagaman pula, Asoka telah mengambil langkah-langkah untuk menyebarkan ajaran agama Buddha. Antara langkah-langkah yang telah digunakan oleh beliau mengadakan lawatan keseluruh negara untuk menyebarkan agama Buddha. Beliau turut melawat tempata-tempat suci, dan menganjurkan perbincanagn keagamaan. Disamping itu, beliau juga melantik pegawai-pegawai khas yang dikenali sebagai Dharma Mahamatra untuk menyebarkan Dharma iaitu nilai-nilai moral dalam kalangan rakyat. Langkah seterusnya ialah menganjurkan majlis agama Buddha untuk menyelesaikan perbezaan pendapat dalam kalangan penganut agam Buddha dari mazhab-mazhab yang berlainan.
            Manakala dalam bidang sosial, beliau mengambil langkah dengan mengutamakan kebajikan rakyatnya. Bukan sahaja kebajikan material malah meningkatkan nilai-nilai moral untuk menjamin kebahagian akhirat. Antara langkah yang diambil oleh Asoka dalam menjaga kebajikan rakyat ialah membina hospital haiwan dan manusia di seluruh empayar, menyediakan kemudahan awam seprti rumah rehat, menggali perigi dan menanam pokok-pokok di sepanjang jalan raya. Usaha Asoka  dalam menyebarkan dokrin-dokrin agama pula, diukir di atas batu, tiang, dan gua di seluruh empayar untuk menyebarkan Dharma dalam kalangan rakyat. Asoka turut menyebarkan nilai-nilai moral seperti mengawal nafsu, bertimbang rasa, membantu golongan miskin melayan hamba dengan baik dan sentiasa bercakap benar. Beliau juga mengamalkan dasar bertolenransi terhadap pengikut agama lain dengan menghulurkan bantuan dan derma kepada golongan Brahman dan pengikut agama lain.
             Ketokohan Asoka jelas ketara dalam bidang pentadbiran, Asoka menyatukan empayar yang luas dan menubuhkan sistem pentadbiran yang kukuh sehingga berjaya. Sesetengah wilayah diberi kuasa autonomi dalam bidang pentadbiran. Wilayah-wilayah lain pula ditadbir secara langsung oleh wizurai dari ibu kota jajahan tersebut. Untuk memudahkan pentadbiran bahasa Prakrit sebagai bahasa rasmi seluruh empayar. Melalui usaha-usaha ini, Asoka berjaya menyatukan empayarnya dari segi politik dan budaya.
              Disamping itu, Asoka juga merupakan seorang pemimpin yang mempunyai cita-cita politik  yang tinggi. Sepanjang tiga belas tahun pertama pemerintahannya, Asoka meneruskan dasar perluasan kuasa secara ketenteraan yang diamalkan oleh Bindusara  dan Chandragupta Maurya. Polisi yang diamalkan dalam tempoh tersebut ialah menakluki, mematahkan pemberontakan dan menawan tanah-tanah jajahan. Kesan dasar perluasan kuasa adalah pembinaan empayar  yang besar meliputi seluruh bahagian utara India termasuk Afganistan dan Baluchistan kecuali India Selatan. Pada tahap ke dua Asoka menghentikan dasar penaklukan secara ketenteraan dan melakukan perluasan kuasa melalui Dhamma(penyebaran agama).
            Kebijaksanaan beliau menjalinkan persahabatan dengan negara-negara jiran, membawa kepada pengukuhan empayar Maurya.  Asoka menjalinkan hubungan diplomatik dengan Raja Macedonia; Antiogomus Ganatas, Raja Philadelphos, Ptolemy II ; Raja mesir,  Magus dan Raja Afrika Utara, Cyrene. Hubungan diplomatik dengan negara-negara asing membantu Asoka mengukuhkan empayar Maurya.
            Menerusi kekuatan ketenteraan, pada zaman Maurya terdapat pasukan tentera yang kuat dan mantap. Kekuatan tantera menjadi asas kapada pembinaan empayar yang luas dan pengaruhnya. Selepas Chandragupta Maurya dan Bindusara memulakan dasar perluasan kuasa, Asoka yang menaiki takhta pemerintahan empayar Maurya turut meneruskan dasar tersebut. Misalnya, kemuncak perluasan kuasa Asoka ialah Perang Kalinga yang berlaku pada tahun 292 SM, melalui dasar ini Asoka berjaya menguasai sebahagian benua kecil India kecuali kerajaan-kerajaan di Selatan.
            Memandangkan Asoka ialah seorang pemerintah yang menekankan kesejahteraan rakyat. Maka, Asoka muncul sebagai seorang pentadbir yang adil berasaskan undang-undang. Hal ini, membawa kepada pengukuhan empayar Maurya melalui penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang disampaikan melalui titah atau perintah diraja. Segala titah atau perintah akan diukir pada tiang-tiang batu yang dikenali sebagai “Tiang Asoka”. Bagi melahirkan keadaan politik yang stabil dan mengukuhkan lagi empayar Maurya ini. Tiang-tiang akan didirikan di tepi jalan raya supaya boleh dibaca oleh rakyat.
            Seterusnya, dalam bidang ekonomi empayar Maurya adalah kegiatan pertanian, perdagangan, dan perindustrian. Semua aktiviti ini berkembang dengan pesat. Kemudahan pengairan dan peraturan berhubung dengan bekalan air merupakan faktor utama perkembangan aktiviti pertanian. Selain itu, tukang-tukang mahir galak menjalankan aktiviti perkilangan tekstil, bengkel membuat senjata dan peralatan perang  selain menggalakkan industri-indutri kecil. Tambahan pula, kilang-kilang tersebut dimiliki oleh kerajaan Maurya. Dalam sektor perlombongan pula, kerajaan Maurya memiliki lombong-lombong besar seperti lombong emas, perak, tembaga, plumbum, timah, dan besi. Hal ini menyebabkan perkembangan dalam bidang ekonomi, sekali gus menyebabkan empayar Maurya muncul sebagai kerajaan yang kuat di India.
            Kesimpulannya, ternyata Asoka merupakan seorang pemerintah yang berwibawa dan memainkan peranan penting dalam pengukuhan empayar Maurya, kerajaan Maurya mencapai keagungan pada zaman pemerintahannya. Beliau memberikan sumbangan yang besar dalam mewujudkan keamanan dalam empayar dengan mengamalkan dasar penaklukan melalui Dhamma. Misi Asoka dalam menyebarkan Agama Buddha ke seluruh pelusuk dunia tidak dapat disangkal. Ketokohan beliau jelas terbukti apabila keruntuhan empayar Maurya telah berlaku selepas kematian beliau pada tahun 232SM.    

Saturday, August 4, 2012

HOT ! Isu Pemerdangan Orang



Pemerdagangan Orang ialah suatu jenayah kemanusiaan yang  dipandang serius pada masa ini.  Perbuatan ini membabitkan  eksploitasi pada skala besar, terutamanya terhadap golongan wanita dan kanak-kanak yang merupakan suatu bentuk perhambaan moden.   Huraikan  usaha dan cabaran  untuk menanganinya.


Pendahuluan:
Definisi:   Pemerdagangan orang merupakan satu perbuatan yang dikeji kerana manusia dijadikan sebagai bahan dagangan bagi mengaut keuntungan. Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) melaporkan bahawa jenayah Pemerdagangan Orang mengaut keuntungan sebanyak US$44.3 setahun. Di Malaysia, penularan jenayah seperti ini semakin menjadi-jadi . Empat kawasan dikenal pasti sebagai destinasi utama Pemerdagangan Orang di Sabah, iaitu di Tawau, di Keningau, di Sandakan, dan di Kota Kinabalu. Kerajaan terpaksa memikirkan usaha untuk menanganinya, namun usaha ini menghadapi pelbagai cabaran.


Isi-Isi

Usaha-usaha menangani masalah Pemerdagangan Orang

ISI 1:   Kerajaan memperkukuh sistem dan proses dalam pengumpulan data warga asing ke negara ini sebagai langkah untuk mengurangkan kadar Pemerdagangan Orang di negara ini.

ISI 2:  Pencegahan Pemerdagangan Orang di negara ini memerlukan kerjasama antara Malaysia dengan rakan-rakan sejawat daripada Indonesia dan pihak berkuasa Filipina.

ISI 3:  Malaysia melaksanakan hukuman jenayah yang lebih tegas terhadap mereka yang terbabit dalam mengambil atau mengeksploitasi buruh paksaan.

ISI 4:  Malaysia perlu membangun dan melaksanakan prosedur untuk mengenal pasti mangsa pemerdagangan buruh dalam kalangan kumpulan yang sering terdedah dengan aktiviti ini, seperti pekerja migran dan merujuk mereka kepada perkhidmatan perlindungan yang ada. 

ISI 5:  Malaysia melakukan rundingan semula tentang memorandum persefahaman (MoU) dengan negara-negara sumber dalam menggabungkan perlindungan mangsa dan menarik balik pasport atau merampas dokumen perjalanan .

ISI 6:  Malaysia meluluskan Akta Anti-Pemerdagangan Orang 2007 (ATIP) bagi menangani isu tersebut.  Kewujudan akta ini telah memberikan kuasa kepada pihak kerajaan untuk mendakwa dan mengenakan hukuman dengan peruntukan penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM500,000.00.


Cabaran-cabaran untuk menanganinya

ISI 7:  Kerajaan sukar membanteras kegiatan pemerdagangan orang kerana melibatkan jenayah rentas sempadan atau jenayah global.

 ISI 8:  Kebanyakan warga asing yang memasuki ke  negara ini adalah secara sah sama ada sebagai pelancong ataupun sebagai pelajar, tetapi kemudiannya menjadi sasaran sindiket Pemerdagangan Orang hingga menyebabkan anggota penguatkuasaan menghadapi kesukaran untuk mengatasinya.

ISI 9:  Pihak berkuasa tidak mempunyai  satu pelan kukuh untuk menanganinya.

ISI 10:  Kebanyakan mangsa yang terlibat tidak mahu membuat laporan kepada pihak berkuasa. 


Kesimpulan:

Kerajaan Malaysia telah menunjukkan komitmen besar dalam menangani Pemerdagangan Orang . Sebagai sebuah negara yang masih baharu dalam usaha membanteras aktiviti memperdagang dan menyeludup manusia, terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan.  Walau bagaimanapun kerajaan juga telah mewujudkan jaringan kerjasama dari segi perkongsian dan pertukaran maklumat risikan antara agensi penguat kuasa  di peringkat serantau dan antarabangsa.  Tegasnya, kerjasama antara orang awam dengan agensi penguat kuasa, seperti polis, imigresen, kastam, dan Jabatan Maritim juga perlu dipertingkatkan kerana kerjasama ini amat penting untuk menangani jenayah Pemerdagangan Orang.