Thursday, December 29, 2011

Blog Saya Telah Dihack

blog saya kena hack larh...

Ha..sebenarnya nak citer kenapa lame tak update blog nih....

Tu je..hehe..

K,bai!!

**Langkah tok korang  sebelum blog korang di hack...pastikan PASSWORD korang kuat , janganlah wat ABC yerk...tukar larh yerk...

**JOM JOIN GROUP SAYA SEORANG BLOGGER

Friday, December 9, 2011

Rasuah Berlaku Dimana -Mana Sahaja!!

** Sempena nak wat homework sebelum bukak sekola...  



Rasuah didefinisikan sebagai pemberian hadiah atau wang untuk mempengaruhi seseorang supaya memenuhi keinginannya. Menurut sejarah Jepun, rasuah mula diperkatakan pada era Edo (1603-1868) yang diistilahkan sebagai “sidepno-shito” yang bermaksud ‘wang dari bawah meja’. Apabila disebut sahaja rasuah, terbayanglah kepada kita ada dua pihak iaitu yang memberi dan yang menerima. Menyedari betapa seriusnya keadaan ini, Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, berikrar untuk membanteras perbuatan rasuah hingga ke akar umbi. Hal ini kerana rasuah adalah umpama barah yang akan meruntuhkan negara jika tidak dibendung dengan segera. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang individu mudah terlibat dengan rasuah.

Antara faktor berlakunya gejala rasuah ialah kepimpinan seseorang individu yang lemah. Individu yang mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain untuk melakukan rasuah. Mereka mudah disogok dengan pelbagai kemewahan seperti harta benda, wang ringgit, kedudukan dan pangkat. Malah sejarah juga telah membuktikan bahawa bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon tumbang ekoran perbuatan rasuahnya dalam skandal ‘Water Gate’. Ada kalanya penerima rasuah dianggap sebagai kerbau dicucuk hidungnya dan mudah patuh dengan kehendak pemberi rasuah. Akibatnya, amalan rasuah menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap individu dan kepimpinan organisasi berkenaan.

Pada masa yang sama, kurangnya didikan agama dan didikan moral mendorong berlakunya perbuatan rasuah dalam masyarakat kita. Individu yang tidak mempunyai iman yang kukuh dan mantap akan mudah terpesong. Golongan seperti ini akan menggunakan kedudukan dan peluang yang ada pada dirinya untuk menerima habuan tanpa berasa bersalah. Dengan tidak memikirkan akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka. Malah individu yang terlibat dengan rasuah tidak berasa malu atau takut kepada Allah serta balasannya sama ada di dunia ataupun pada hari akhirat.

Rasuah juga berlaku kerana wujudnya birokrasi dalam sistem pemerintahan yang secara tidak langsung memberi peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan daripada berbagai-bagai peringkat mengambil kesempatan. Hal ini berlaku kerana proses pengurusan pentadbiran terpaksa melalui banyak saluran. Apabila keadaan ini berlaku, sudah tentulah pemprosesan sesuatu permohonan memerlukan masa yang lama atau panjang. Bagi individu yang terdesak atau mahu segera menyelesaikan masalah, mereka akan mudah memberikan imbuhan dengan harapan pemprosesan permohonan didahulukan oleh penerima rasuah. Oleh hal yang demikian, sudah tentu situasi ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap golongan yang tidak terlibat dengan rasuah.

Di samping itu, amalan rasuah turut meninggalkan pelbagai kesan. Malah, amalan rasuah jika tidak dicegah akan terus merebak dan membawa banyak kesan negatif kepada individu, masyarakat ataupun negara. Individu yang terlibat dengan rasuah akan dipandang hina oleh masyarakat. Keluarga mereka juga akan dicemuh dan dipulaukan oleh jiran-jiran. Apabila seseorang menjadikan rasuah sebagai amalan biasa, sudah tentulah amalan ini akan merebak dan mempengaruhi orang lain. Oleh itu, rasuah perlu dibanteras segera supaya tidak memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran dan sosial negara. Masyarakat perlu mengambil sikap berwaspada agar perbuatan rasuah tidak menjadi ‘barah’ dalam masyarakat.

Sebenarnya, jika perbuatan rasuah tidak dibendung, kehidupan masyarakat dan birokrasi sistem pemerintahan akan terganggu dan sekali gus menyebabkan imej negara pada mata dunia tercalar. Seluruh masyarakat, bangsa dan negara akan menjadi kucar-kacir dan hancur seperti yang pernah berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia seperti di Mesir dan Mesopotamia. Natijahnya, negara tersebut bukan sahaja akan dipandang serong oleh negara lain. Malahan, hubungan dagangan yang sedia ada juga akan terputus dan ekonomi negara akan terjejas teruk lalu agenda pembangunan negara akan terbantut. Oleh itu, perbuatan rasuah yang bagaikan duri dalam daging hendaklah dibanteras sejak awal lagi.

Kesimpulannya, rasuah merupakan musuh negara yang berbahaya dan perlu dibanteras melalui kerjasama anggota masyarakat dan pihak berkuasa.Adakah kita rela melihat tabiat buruk ini terus menular? Tegasnya, adalah penting bagi semua pihak untuk melaporkan gejala rasuah kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR). Islam mengharamkan umatnya memberi dan menerima rasuah. Jika kita sayang akan negara kita, cegahlah rasuah sebelum parah. Sesungguhnya, amalan rasuah hanya menjual prinsip, maruah dan harga diri!

Thursday, December 8, 2011

Cara Solat Sunat Semasa Gerhana



HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( مـؤكـدة )


CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain.  Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat.  Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.


CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.


Cara Pertama : Cara yang paling ringkas.  Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.


Cara Kedua : Disebut dengan  “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.


Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan.  Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah.  Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu).  Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua).  Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah.  Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali.  Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama.  Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.


Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna.  Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya.  Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran.  Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.


Waktu
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.


Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.

ATURAN SOLAT GERHANA
 Disunatkan mandi sebelum solat.
 Berdiri lurus mengadap kiblat.
 Berniat mengerjakan solat gerhana.


ihsan google


Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir
10. Salam

DOWNLOAD Pekeliling SBPA 2012 untuk Guru, PDRM dan Umum

MAKLUMAN SBPA

Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.
Dalam tempoh ini, tumpuan utama penyampaian laman ini adalah ke atas penyebaran Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang merangkumi perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM.
Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.
Jabatan Perkhidmatan Awam
02 Disember 2011
Putrajaya

DOWNLOAD PEKELILING SBPA DEKAT SINI

Monday, December 5, 2011

5 Fitrah dan Sifat Semulajadi Seorang Lelaki


TIDAK SUKA BERGOSIP
Bagi sesetengah orang, mengetahui perihal orang lain adalah penting. Apatah lagi jika ianya menjadi bahan bualan orang sekeliling. Katanya tidak mahu ketinggalan informasi. Bagi lelaki lain pula kisahnya. Lelaki lebih gemar menunjukkan reaksi berdiam diri terutamanya apabila membicarakan hal peribadi orang lain. Bagi lelaki, bergosip adalah sesuatu yang tidak berfaedah dan membuang masa. Mereka lebih gemar memilih utk menyiapkan tugasan sendiri daripada mengambil tahu informasi yang tidak di perlukan. Jadi kamu tidak perlu berkecil hati jika teman lelaki kamu tidak minat terhadap sebarang gosip yang ingin kamu perkatakan. 




SHOPPING CUKUP MENYEKSAKAN
Orang perempuan, kalau bab bershopping memang tak payah disuruh. Kalau tak membeli pun, cukuplah sekadar cuci mata sahaja. Lelaki pula memang agak keberatan jika diminta utk menemani pasangannya keluar bershopping. Buang masa, antara alasan yang sering di suarakan. Apabila diminta pandangan tentang sesuatu barangan yang ingin di beli, reaksi yang di beri adalah secara acuh tak acuh sahaja. Mereka menganggap kalau tidak bershopping, masa terluang tersebut boleh di penuhi dengan aktiviti lain. Lelaki juga kurg senang kalau masa yang diambil untuk berbelanja sehingga berjam2 lamanya. Bagi lelaki tidak ada guna terlalu cerewet ketika memilih barangan. 




GAGAL MEMBERI JAWAPAN SEPERTI YANG DIHARAPKAN
Sesetengah hal yang di bincangkan dgn pasangan ada kalanya memerlukan lebih perhatian dan tumpuan. Tetapi kebanyakkan lelaki lebih senang menjadi pendengar setia dan memberikan jawapan ala kadar sahaja apabila diminta pendapat mereka sedangkan dlm sesetengah keadaan. pasangannya tadi mmg memerlukan buah fikiran yang bernas utk membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jadi sekiranya berhadapan dgn situasi ini lelaki seharusnya bersifat lebih matang dan bukannya membuatkan mereka jadi gila dgn perangai acuh tak acuh kamu. 




PERLU PERHATIAN KETIKA SAKIT
 Tanpa kamu sedari seorg lelaki sebenarnya sangat senang sekiranya dilayan sebaik mungkin ketika sedang sakit. Ketika sakit, lelaki sering merengek dan mengeluh ingin di belai dan segala-galanya disediakan. Ini jelas menunjukkan ketika sakit lelaki mengharapkan pasangannya menumpukan sepenuh perhatian terhadap dirinya. Tetapi awas!! Jangan sekali2 mempraktikkannya ketika mereka sihat. Jika tidak kamu akan mendengar keluhan seperti “kenapalah saya di perlakukan seperti seorang bayi”Lelaki akan lebih bosan sekiranya tindak tanduknya di atur oleh org lain. 




BANGGA APABILA ADA YANG MENGGODA
Bila si dia keluar dating dgn kamu, tiba-tiba ada wanita yang mencuri pandang dgn satu pandangan yang penuh bermakna dan berminat. Dalam keadaan seperti ini lelaki akan berasa bangga dan merasakan saham masih tinggi walaupun sudah ada org di sebelah tetapi amasih ada yang menunjukkan minat. Bila berhadapan dgn situasi ini, untuk “cover line” dgn wajah selamba si lelaki akan berkata “Jangan bimbang I tak akan tergoda kerana I sudah ada U !!”…Tetapi penjelasan yang diberikan ini sebenarnya masih tidak cukup utk menyakinkan pasangan di sebelah, malah ada yang merasakan kedudukan mereka masih tidak selamat. Oleh itu, awasi mata kamu!! 


credits to gila best

Thursday, December 1, 2011

Senarai Nama My Bloglist

tolong klik kat gambar untuk senarai my bloglist

Nak ucapkan Thank You Very Much Kat Korang Yang Join..Haha (terOVER lak)
Kalau nama blog anda tiada, sila komen di ruang yang disediakan
Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri.