Sunday, July 24, 2011

Kita Perlu Saling Menasihati


1. Berpuasalah pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala 
daripada Allah SWT.

2. Cuba elakkan daripada berbuka di siang hari pada bulan Ramadhan tanpa sebarang alasan yang dibenarkan dalam Islam.

3. Penuhkan malam sepanjang Ramadhan dengan qiamullail terutamanya Lailatul Qadr.

4. Berpuasalah dengan puasa enam di bulan Syawal.

5. Berpuasalah pada 9 dan 10 bulan Muharram (Tasu’aa dan ‘Asyura’).

6. Berpuasalah pada bulan Syaa’ban jika terdaya melakukannya.

7. Berpuasalah pada hari Isnin dan Khamis.

8. Berpuasalah pada hari-hari putih setiap bulan, iaitu pada 13,14 dan 15 bulan-bulan Islam.

9. Beritahulah isteri supaya tidak berpuasa sunnat ketika anda berada di sisinya, melainkan anda merestui perbuatannya itu.

10. Lambatkan makan sahur dan segerakanlah waktu berbuka.

11. Sebolehnya anda berbuka dengan beberapa biji tamar atau manis-manisan, kalau tak ada dengan air.

12. Gunakanlah harta anda yang halal bagi pembelian bahan makanan untuk berbuka dan bersahur.

13. Berilah makan untuk orang yang berpuasa ketika berbuka, kerana Ramadhan bulan kemuliaan.

14. Peliharalah adab-adab berpuasa dengan menjauhkan mengumpat, mencaci atau mengeluarkan kata-kata yang kesat.

15. Jangan tinggalkan ‘iktikaf pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.

16. Tunaikan zakat fitrah bagi tujuan menyucikan jiwa anda.

17. Hidupkan kedua-dua malam ‘Aidilfitri dan Adha dengan solat sunat dan ibadat-ibadat umum yang lain.

18. Kuatkan suara anda ketika bertakbir dua hari raya dan pada hari-hari tasyriq.

Friday, July 22, 2011

Amalan Baik Sebelum Tidur


Setelah seharian kita menjalani kehidupan, Bila malam datang, sudah sampai masanya untuk kita tidur. Adakah kita terus tidur? tiada apa2 tips2 tambahan ke nak buat sebelum tidur? di sini ada sedikit amalan yang baik untuk di amalkan oleh kite sebelum kite tidur.

Suatu masa ketika Rasulullah SAW berada di madinah,beliau pernah bersabda kepada Imam Ali bin Abi Talip mengenai LIMA WASIAT. Sabda baginda, "Ya Ali, janganlah engkau tidur kecuali engkau kerjakan dahulu LIMA masalah ini iaitu:


  • Janganlah engkau tidur kecuali engkau baca Al-Quran kesemuanya.
  • Janganlah engkau tidur kecuali engkau bersedekah dahulu 4 ribu dirham
  • Janganlah engkau tidur kecuali engkau ziarah dahulu kepada Ka'abah
  • Janganlah engkau tidur kecuali engkau jaga dahulu tempat mu di Syurga
  • Janganlah engkau tidur kecuali engkau minta redanya musuh-musuh mu terlebih dahulu.
Ketika Saidina Ali mendengar ini, dia merasa bingung dan terpegun lalu bertanya kepada Rasulullah SAW. Dan bagaimana mengamalkan hal-hal itu ya Rasulullah?. Maka Rasulullah pun bersabda:


  • MEMBACA AL-QURAN KESEMUANYA
    Hai Ali tidakkah engkau mengetahui apabila engkau membaca "QUL HUALLAH HU AHAD......" sebanyak 3 kali bererti engkau telah membaca Al-Quran kesemuanya.


    • BERSEDEKAH 4 RIBU DIRHAM
    Hai Ali apabila engkau membaca surah AL-FATIHAH sebanyak 4 kalibererti sesungguhnya engkau telah bersedekah 4 ribu dirham.


    • ZIARAH KE KA'ABAH
    Hai Ali apabila engkau sebelum tidur membaca "LA ILLA HA ILLAH HU WAHDAHU LA SHARIKALLAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHII WAYUMITU WAHUWA KULLI SHAI INQADIR" sebanyak 10 kali bererti pahalanya sama dengan ziarah Ka'abah.


    • PELIHARA TEMPAT MU DI SYURGA
    Ya Ali apabila engkau sebelum tidur membaca "LAA HAWLA WALAQUATTA ILLA BILLAH HILAIL AZIIM" sebanyak 10 kali bererti sesungguhnya engkau telah menjaga tempatmu di syurga.


    • MINTA REDHA KEPADA MUSUH-MUSUH
    Hai Ali apabila engkau membaca "ASTAGHFIRULLAH ALAZIIM ALLAZI LAA ILLA HA ILLALLAH HUWAL HAIYUL QAYYUM WA'ATUBU ILLAIH"sebanyak 10 kali bererti engkau telah redhakan musuh-musuhmu..

    Subhanallah... sesungguh ALLAH itu MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENGASIHANI. Sebelum nak tidur pun ade jugak peluang untuk kite wat pahala untuk NYA. MAHA SUCI ALLAH,Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya dari MU kami datang dan kepada MU jua kami kembali..

    Saturday, July 16, 2011

    Tanda-tanda Penyakit Hati



    1) Sulit meraih sesuatu yang diciptakan untuknya iaitu hilang rasa taat dan cinta kepada Allah dan menjadikan nafsu sebagai ilahnya
    2) Tidak merasa sakit kerana luka-luka maksiat
    3) Pemiliknya tidak merasa jelik dengan kebodohannya terhadap kebenaran (tidak risau kalau tidak tahu sesuatu tentang Islam)
    4) Pemiliknya beralih daripada makanan bergizi kepada racun yang mematikan hati (mengutamakan maksiat daripada sesuatu yang membawa kebaikan)
    5) Pemiliknya menghuni dunia dengan perasaan redha, tenang dan tidak merasa asing serta tidak mengharap akhirat dan beramal untuknya.
    Barangsiapa ingin mengetahui apakah dirinya mencintai Allah, hendaknya ia menghadapkan dirinya kepada al-Qur’an. Bila ia mencintai al-Qur’an, itu ertinya ia cinta kepada Allah. Kerana al-Qur’an itu kalamullah.” - Ibn Mas’ud
    Bagi pendapat kebanyakan cendiakawan dan ilmuan islam dalam permasalahan hati, sesungguhnya penawar buat hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk adalah melalui kaedah berikut :
    • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir – Inilah petua yang disarankan oleh baginda Rasulullah SAW kepada anaknya Saidatul Fatimah Al Zahra
    • Berdoa – Mohonlah kepadaNya kerana sesungguhnya doa itu senjata bagi orang mukmin.
    • Sibukan diri dengan sesuatu – Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
    • Luahkan perasaan anda – Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
    • Senyum – Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
    Pendapat Raden Maulana Makdum Ibrahim (Sunan Boning) dalam pengobatan dan penawar hati terdapat 5 kaedah iaitu :
    1. Baca Quran dan memahami maknanya
    2. Dirikan solat malam atau bertahajud
    3. Berkumpullah dengan orang-orang soleh
    4. Perbanyakkan berpuasa
    5. Berzikir dan bertasbih
    Perkara utama yang perlu ada untuk mengamalkan sesuatu ibadat ialah dengan ilmu. Allah SWT akan memandu kita melalui perantaraan ilmu. Yang penting kita ikhlas menuntut ilmu untuk mencari keredhaan Allah.
    Saya, merasakan perkara-perkara yang disarankan oleh ulamak itu mudah untuk kita jadikan latihan melaksanakannya kalau kita sering menjaga solat jemaah (surau/ masjid) dan menghadirkan diri dalam majlis-majlis ilmu. Zikir, bangun malam dan berpuasa juga merupakan amalan yang memerlukan latihan. Jadi, langkah yang boleh diambil ialah melakukan sedikit demi sedikit dengan cara yang betul dan istiqamah.
    Dengan menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu bermakna kita berkumpul dengan orang soleh. Di samping itu, dalam majlis ilmu kita akan dapat mendengar pengajar membaca ayat-ayat al-Quran beserta huraian makna dan juga hadith Rasulullah SAW. Oleh itu marilah kita menuntut ilmu dan beramal…
    Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

    Friday, July 15, 2011

    Kesalahan Dalam Agama Kristian??

    بسم الله الرحمن الرحيم

    الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه



    Catatan tersebut dicatit penulis pada 20 Syaaban 1428H / 2 Sepetember 2007. Bertempat di Markas Angkatan Belia Islam Malaysia Sarawak (ABIM), Taman Seri Wangi. Berdasarkan perbincangan penulis bersama Mantan Paderi Malaysia Reverent Anthony.

    ALHAMDULILLAH, penulis mendapat tarbiyyah beserta ingatan langsung daripada ALLAH SWT melalui kesempatan menghadiri usrah pimpinan PKPIM yang berlangsung pada 14 Mei 2009 lalu. Melalui pembentangansesi usrah oleh Saudara Timbalan Presiden PKPIM, penulis tergerak untuk mengetengahkan perkongsian pengalaman yang penulis kutip hasil pentarbiyahan rohani ketika berada di bumi bertuah Sarawak.

    .......................................................................................................................
    AGAMA KRISTIAN ; PERTEMBUNGAN DI ANTARA KEPENTINGAN DIRI
    Beliau dikenali sebagai Reverent Anthony dan merupakan seorang berbangsa India. Setelah ALLAH SWT mencampakkan hidayahnya maka nama beliau bertukar kepada Tuan Haji Ayub Abdul Rahman pada tanggal 4 September 1978. Beliau pernah tinggal di Jerman bagi melengkapkan ilmu kerahiban serta menguasai dengan lancar bahasa Jerman.
    Bahkan, Reverent Anthony menyatakan beliau amat fasih dalam beberapa bahasa utama dunia termasuk Latin disebabkan sistem latihan terancang agama Kristian.

    Menurut beliau lagi, konsep Kristian amat jelas mengenai bayi yang lahir akan mewarisi dosa warisan. “Bukti” kepada mereka ialah apabila Nabi Adam dan Hawa makan buah larangan daripada ALLAH SWT. Lalu, setiap yang lahir akan mewarisi apa yang ada daripada yang melahirkan.
    Hari ini, kalangan penganut agama Kristian hanya membaca Kitab Bible daripada New Testment disebabkan Kitab Bible Old Testment amat jarang ditemui apatah lagi dalam keadaan yang asli.
    Melalui Kitab Bible Old Testment ada dinyatakan rahsia-rahsia yang terus disembunyikan berkenaan utusan Rasul akhir zaman, Sayyiddinna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam. INSYAALLAH, akan penulis kongsikan nanti.

    Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Agama Kristian baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara.
    Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada istilah yang disebut Kristian.

    TIGA TUHAN
    Apabila ditanya mengapa ada tiga tuhan yang diimani di dalam agama Katholik. Sepantas itu juga paderi-paderi senior akan melarang soalan tersebut untuk ditanya. Di dalam agama Kristian Katholik sendiri, mereka yakin bahawa wujudnya “God Father”, “God of Son (Jesus)” dan “God of Holly Ghost”.
    Menurut Tuan Haji Ayub Abdul Rahman, istilah-istilah ketuhanan ini menunjukkan bahawa tuhan bagi penganut krsitian bagaikan sebuah keluarga. Digambarkan rupa tuhan mereka, dinyatakan nama-nama mereka serta sifat-sifat yang dimiki.

    TENTERA KRISTUS
    Beliau menambah lagi, bakal-bakal paderi yang dipilih sentiasa dibakar semangat mereka, bahawa mereka adalah tentera-tentera kristus. Mereka akan menjadi mata dan telinga kepada tuhan.
    Merekalah yang bakal memimpin tentera-tentera lain ketika hampirnya Armageddon, (peperangan di antara tuhan dan syaitan) sebuah peperangan yang diyakini oleh penganut kristian akan berlaku sebagai pemutus kebangkitan hak dan menewaskan batil.

    Armageddon, diambil daripada perkataan Hebrewhar megiddōn yang bermaksud Pergunungan Megiddo di negara haram israel. Pergunungan ini dikatakan pernah bermandi darah dalam tiga perperangan klasik dan suci semenjak kurun ke 15 hingga 1918 (Perperangan di antara Empayar Uthmaniyyah dan British).
    Tuan Haji Ayub menambah, beliau ditempatkan di negaraSwitzerland bagi meneruskan pengajian beliau sebagai bakal paderi. Di sebuah gereja yang dikenali sebagai Order of St. Benedict, Tuan Haji Ayub ditempatkan. Menurut beliau, gereja tersebut sangat indah dengan berlatarbelakangkan gunung-gunung menghijau di Switzerland.

    PEMBAHAGIAN STRUKTUR KELAS dan RUKUN
    Di dalam institusi gereja, berlaku pembahagian kelas manusia. Priest (mempunyai kuasa dalam pelaksanaan ritual-ritual kristian) merupakan pemegang hieraki tertinggi. Mereka yang bergelar Priest, boleh terdiri daripada salasilah keluarga atau lantikan. Priest, mestilah tidak berkahwin.
    Kelas kedua ialah untuk rahib, hanya kerana mereka wanita, maka mereka tidak boleh diletakkan di tempat kelas pertama. Manakala, kelas ketiga ialah untuk orang kristian katholik sahaja, agama lain tidak boleh diletakkan sebaris dengan mereka.

    Terdapat sumpah yang perlu dipegang sehingga mati oleh para paderi. Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-

    i). Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian Mereka mesti dibaptiskan air suci.
    ii). Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
    iii) Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
    iv) Ekaristi Minyak Suci - air suci
    v). Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima Krisma
    vi). Ekaristi Imaman – menjadi paderi
    vii). Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)

    KEPINCANGAN
    Penulis ingin berkongsi perihal rukun yang kedua iaitu Ekaristi Maha Kudus, bermaksud memakan tubuh Tuhan (Nabi Isa).
    Penulis katakan pada sahabat-sahabat beragama kristiansedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula ulama Kristian boleh makan tubuh tuhan?.

    Penulis jelaskan kepada mereka, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan.
    Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain.

    Menurut Tuan Haji Ayub lagi, beliau merupakan di antara pelajar yang cerdik lalu ditempatkan di Cathedral of Cologne, Jerman. Ia merupakan di antara gereja paling cantik di dalam dunia. Beliau menambah, sistem organisasi Kristian dunia amat terancang.

    Namun, tetap pincang! Cardinalmerupakan jawatan kedua tertinggi selepas Pope. Mereka disediakan dengan pelbagai kemudahan sperti rumah, kenderaan-kenderaan mewah seperti Mercedes dan BWM yang akan sentiasa ditukar mengikut edisi terbaru. Mereka tidak akan memakai pakaian sebagaimana manusia kebanyakkan.
    Kepincangan seterusnya, ialah seorang paderi boleh mengikut budi bicaranya tidak memaafkan dosa yang dilakukan berulang kali oleh seseorang. Seolah-olah dia berfungsi sebagaimana tuhan.

    Tanggapan ini disokong bahawa paderi adalah lantikan langsung daripada Jesus Christ. Jesus Christ suci daripada dosa, lalu paderi juga adalah suci daripada dosa.
    Persoalannya, jika ibu bapa paderi tersebut melakukan dosa, sedangkan paderi tersebut lahir daripada keduanya. Adakah layak untuk diampunkan dosa kedua ibu bapanya disebabkan perbezaan anak dan ibu bapa? Bagaimana pula seandainya paderi sendiri melakukan dosa? Siapa pula yang akan mengampunkan dosa mereka.

    ISRA’ MIKRAJ di DALAM BIBLE
    Di dalam Book of Malakhi (Bab 2 ; 1) ada dinyatakan perihal seorang Nabi yang datang secara tiba-tiba. Dia angkat jasadnya ke langit dengan menaiki haiwan tunggangan. Kemudian diturunkan bagi menyampaikan berita kenabian.
    Andai ini ditujukan kepada Jesus Christ, dimanakah pembuktian melalui kalam Old Testement apatah lagi daripadaNew Testement?

    RASULULLAH SHOLLALLAHU ALAIHI WASSALAM DI DALAM BIBLE
    Manakala di dalam Book of Hagai(Bab 2 ; 7), ada disebut perihal Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam.
    Namun, ini semua disembunyikan dengan hilangnya Bible asli (Injil). Gelar yang tercatat di dalam INJIL ialah Muhammad atau Ahmad telah ditukar kepada (HIM), iaitu diterjemahkan oleh para pembohong agama kristian sebagai merujuk kepada Jesus Christ.

    MARYAM ; RATU SYURGAMereka mengakui Jesus Christ mempunyai ibu bernama Marry (Maryam). Walaubagaimanapun, tidak dicatatkan di dalam Old Testement perihal Saidatina Maryam sebagai Ratu Syurga.
    Justeru, persoalan masih berbekas tanpa jawaban perihal kebenaran ajaran kristian pada hari ini.Manakala bagi kristian ortodoks, mereka sama dengan mazhab katholik namun tidak mengiktiraf Pope sebagai ketua krstian di seluruh dunia.
    Prof. Dr. Carl Runner merupakan penulis buku teks The Divinity of Jesus Christ, yang wajib dibaca oleh bakal-bakal paderi di seluruh dunia. Hasil tulisan beliau telah diterjemah kepada 140 bahasa.

    Ini membuktikan bahawa beliau bukan calang-calang orang di dalam agama kristian. Walaubagaimanapun, beliau menyatakan semakin keliru dengan kewujudan istilah trinity dan Jesus Christ sebagai anak tuhan.

    RENUNGI

    Justeru, pembuktian-pembuktian ini lahirnya daripada seorang mantan paderi kristian katholik yang menghambakan dirinya di dalam agama kristian.
    Sifat culas dalam mendalami Islam perlu digantikan segera dengan keinginan mendalami ilmu. Hanya dengan ini benteng akidah dapat dipertahan tanpa ragu.
    Jika di zaman penjajahan Inggeris, Portugis masyarakat Melayu tidak tergugat akidah untuk berlaku murtad, tetapi mengapa di zaman kini dimana pemimpinnya adalah Islam.
    Namun, gejala murtad bagai dipandang ringan. Lebih parah lagi, aktiviti takfir, menghukum bid’ah lalu sesat dan masuk neraka semakin menjadi.
    Terbukti, penghancur Islam bukan di kalangan orientalis semata, tetapi turut disumbang oleh golongan yang mendaulatkan Islam demi kepentingan diri serta jauh daripada pelaksanaan hikmah.

    Ramai manusia yang murtad daripada Islam di luar sana terpikat dengan agama kristian disebabkan akhlak pembawa-pembawa agama tersebut. Mereka menang disebabkan akhlak, dan itulah yang dijadikan tajuk khas pembelajaran mereka dalam menarik dan memurtadkan masyarakat Islam khasnya Melayu.
    Jika ada yang bertanya mengapa muslim keluar daripada Islam? Ini disebabkan suasana keluarga Islam telah gelap tanpa amalan solat bersama, mengaji dan membaca makna.
    Apatah lagi dengan meringankan langkah mendalami ilmu agama. Hanya yang ada di kalangan pemimpin keluarga Islam hari ini ialah bagaimana untuk menambah mewah harta, atau memastikan anak-anak yang dikasihi mencatat “A” bagi mata pelajaran akademik. Agama hanya dipandang sebagai adat kebiasaan hingga mati di dalam hati nurani.


    KESIMPULAN
    Islam merupakan agama yang terakhir. Di dalamnya mengandungi panduan yang paling sempurna dan menyeluruh, dalam membimbing umat manusia.

    Ia hadir dalam rangka untuk memansuhkan agama-agama samawi terdahulu, dan membetulkan kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam ajaran yang dinisbahkan kepada ALLAH SWT, seperti Yahudi dan Kristianiti, yang pada hakikatnya merupakan suatu himpunan ajaran-ajaran rekaan para agamawan mereka sendiri.

    AlLLAH SWT berfirman dalam menyeru kepada konsep aqidah yang sebenar:

    Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".
    [Surah Ali Imran: 64]

    Saturday, July 9, 2011

    Cinta Gurumu???


    GURU FIZIK
    Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah sidia)

    GURU BIOLOGI
    Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya

    GURU KIMIA
    Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya

    GURU MATEMATIK
    Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar

    GURU PENDIDIKAN ISLAM
    Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa (cinta la YG 1 ALLAH itu cinta yg hakiki dpt kan cinta yg halal d dunia dan akhirat)

    GURU PENDIDIKAN MUZIK
    Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan

    GURU EKONOMI
    Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung

    GURU SEJARAH
    Cinta akan hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.

    GURU GEOGRAFI
    Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah….kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh

    GURU BAHASA
    Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya

    Yg pasti tafsir la cinta mengikut kehendak Allah yg satu…bertemu berpisah semua kerna Allah…..
    Indahnya cinta kalau agama d serta bersama…
    CINTA ALLAH DAN RASUL ADLH YG UTAMA DAN JGN TERPEDAYA KERNA CINTA DUNIA YG SEMENTARA…..

    Sunday, July 3, 2011

    Cintai Dalam Diam




    Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

    kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

    kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

    ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali? yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

    kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya????

    dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...

    jika dia memang bukan milikmu, hanya Allah yang mengetahuinya dan melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

    biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu .